Paras air sungai di Kuala Lumpur lepasi paras bahaya

0
2

SUSULAN hujan yang tidak berhenti sejak dua hari, warga Kuala Lumpur dinasihatkan berwaspada menghadapi kemungkinan banjir kerana beberapa air sungai utama telah melepasi paras bahaya ketika ini.

Menerusi ciapan Twitter milik Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, penduduk di sekitar Kuala Lumpur yang berhampiran di kawasan sungai diminta bersedia untuk dipindahkan jika terpaksa berbuat demikian.

“Empat sungai utama telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Batu di Sentul, Sungai Klang di Tun Perak, Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dan Sungai Krayong di Razak Mansion. Bersedia hadapi segala kemungkinan banjir,” ciapnya, malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here