Najib yakin GPS akan terus bangunkan Sarawak

0
3
Najib Razak

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, hari ini akan meneruskan agenda pembangunan dan kemakmuran untuk rakyat Sarawak.

Menurutnya, banyak pembangunan yang perlu dilaksanakan dan diusahakan lagi, terutamanya dari segi infrastruktur.

“Terima info terkini mengenai keputusan PRN Sarawak. Tahniah kepada seluruh pimpinan GPS dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

“Semoga Bumi Kenyalang kekal aman, stabil dan sejahtera.
Banyak pembangunan yang perlu dilaksanakan dan diusahakan lagi, terutamanya dari segi infrastruktur.

“Bagi saya secara peribadi, Pan Borneo Highway hanya permulaan yang saya mahu buat untuk Sarawak dahulu dan terdapat beberapa projek pemangkin ekonomi yang kita boleh buat lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kemenangan GPS ini adalah pilihan dan kemenangan milik rakyat Sarawak.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GPS memenangi PRN Sarawak ke-12 selepas memperolehi 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here