Proses mengundi PRN Sarawak tamat

0
3

PROSES mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini tamat secara rasmi jam 5 petang tadi selepas semua 1,866 pusat mengundi ditutup.

Kesemua pusat mengundi terbabit dibuka sejak jam 7.30 pagi tadi bagi membolehkan 1,213,769 daripada 1,252,014 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab mengundi wakil rakyat di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sejurus pusat pengundian ditutup, semua kertas undi akan dikira terlebih dahulu sebelum peti undi daripada 3,555 saluran dibawa ke 82 pusat penjumlahan undi di seluruh negeri.

Keputusan rasmi PRN Sarawak dijangka diumumkan malam ini oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Terdahulu pada Rabu lalu, seramai 18,141 daripada 23,043 pengundi awal selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi bagi PRN Sarawak setakat jam 4 petang tadi adalah sebanyak 52 peratus.

Statistik itu dimaklumkan oleh SPR dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

“Statistik keluar mengundi bagi PRN Sarawak Ke-12 pada jam 4 petang, peratus keseluruhan adalah 55 peratus,” menurut SPR. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here