Varian Omicron: KKM tingkatkan kawalan di pintu masuk antarabangsa

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertingkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan Covid-19 termasuk varian Omicron di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan di dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah tersebut diambil berikutan peningkatan kes import varian Omicron di Malaysia kini telah merekodkan 13 kes.

Tegas beliau, berikutan itu, KKM menggalakkan orang ramai agar mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 dalam usaha mengekang penularan virus tersebut.

“Justeru, KKM menggalakkan supaya setiap individu mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 agar tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

“Terus amalkan norma baharu dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 222 kes baharu varian dilaporkan daripada 11 Disember sehingga 17 Disember.

Katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenal pasti sebanyak 128 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu 117 varian Delta dan 11 varian Omicron. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here