Perlu lebih waspada ketika beri dan kutip derma

0
2
Seramai 50 jemaah dibenarkan menunaikan Solat Jumaat dengan mengikut SOP di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur hari ini. Solat Jumaat dan fardu dibenarkan di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bermula hari ini termasuk solat Aidiladha dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kebenaran itu setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan dan SOP baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

ISLAM menuntut umatnya tingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan menderma atau bersedekah.

Dalam khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak bertajuk “Berwaspada Sewaktu Memberi dan Mengutip Derma”

Derma atau sedekah mempunyai maksud yang luas dalam Islam. Secara ringkasnya, derma boleh ditakrifkan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain, sama ada pemberian kepada sanak saudara, fakir miskin, anak yatim, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah, dengan niat ikhlas untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Berderma dan bersedekah merupakan amalan sangat mulia yang dianugerahi Ilahi dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda, berpandukan firman Allah SWT dalam surah AlBaqarah ayat 261:

بنبىبيترتزتمتنتىتي ثرثزثمثنثىثيفى قىفي كىكمكيلملى4 قيكا ك

Terjemahannya: Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

Alhamdulillah, rakyat Malaysia terkenal dengan sifat pemurah, bersedia menghulurkan derma dan sedekah sama ada berbentuk wang atau barangan kepada orang-orang yang memerlukan.

Namun kita juga perlu berhati-hati sewaktu menderma, kerana pada masa ini, dilaporkan semakin berlaku, perbuatan orang-orang dan kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan atas sifat murah hati manusia. Terdapat orang-orang yang menyalahgunakan kegiatan mengutip derma untuk kepentingan peribadi. Kegiatan memungut derma kini mula dijadikan satu kegiatan penipuan sebagai jalan mudah untuk mendapat dana.

Antara kaedah yang dilakukan ialah mempergunakan kanak-kanak, warga emas dan warga asing mengutip derma kononnya bertujuan untuk membina masjid, madrasah tahfiz, asrama anak yatim, prasarana kebajikan dan kemudahan sosial, termasuk misi bantuan luar negara, berselindung atas nama Islam dan misi kemanusiaan.

Demikian juga, munculnya pelbagai rayuan, melalui laman sosial yang dikendalikan oleh pelbagai sindiket, yang menggunakan nama pertubuhan berjenamakan Islam, kebajikan dan kemanusiaan, memohon ihsan orang ramai menyalurkan bantuan, ke dalam akaun bank tertentu, untuk tujuan membantu pesakit-pesakit yang kononnya sedang terlantar dan daif, serta perlu mendapat rawatan segera perubatan.

Akhbar, baru-baru ini melaporkan 14 orang telah ditahan, kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan kutipan sumbangan dalam talian, mengguna nama pusat kebajikan anak yatim serta orang kurang upaya (OKU).

Menyalahgunakan kegiatan mengutip derma memberi kesan dan akibat berikut:

Pertama; Kutipan derma tidak sampai kepada golongan yang berhak menerimanya, kerana hak mereka sudah diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apatah lagi jika harta yang diambil tersebut ialah harta anak-anak yatim! Perbuatan memakan harta anak yatim merupakan dosa yang mendapat celaan daripada Allah SWT. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 10:

تىتيثرثزثمثنثىثيفى في قيقىكاك

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan (bara) api ke dalam perut mereka; dan kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Kedua; Terhakisnya kepercayaan masyarakat terhadap badan-badan agama dan kebajikan.

Ketiga; Menjejaskan kepercayaan dan sokongan masyarakat kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang telah sekian lama sahih melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan secara ikhlas dan jujur.

Keempat; Menghidupkan budaya menipu dalam kalangan ahli masyarakat.

Sesungguhnya menyalahgunakan kutipan derma merupakan perlakuan dosa yang dijanjikan tempat dalam api neraka di akhirat kelak. Sabda Nabi SAW:
و رب ل ي ن ل م ح ت ت مه ُس ن ب ل َكن هت إ إلن و َل هبهه أ ار . Maksudnya: Tidak ada daging yang tumbuh daripada sesuatu yang haram, melainkan nerakalah (tempat) yang layak baginya. (Riwayat At-Tarmizi 614)

Seksyen 43 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992, menyatakan, “Sesiapa yang membuat apa-apa pungutan kerana khairat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Negeri atau berlawanan dengan apa-apa peruntukan undang-undang atau peraturan yang ditentukan mengenainya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi 3000 ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya”.

Mahkamah boleh memerintahkan semua pungutan dirampas dan diserahkan kepada yang berhak atau kepada Baitulmal.

Enakmen berkenaan secara jelas menetapkan kesalahan kepada pengutip-pengutip derma yang cuba mengaut keuntungan peribadi dengan cara yang salah. Mimbar seyogia memperingatkan para penderma yang budiman agar memberi perhatian kepada perkaraperkara berikut sebelum menghulurkan sebarang derma;

Pertama; Memastikan terlebih dahulu kegiatan kutipan derma oleh mana-mana pihak atas nama agama Islam telah mendapat surat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri yang berkenaan.

Kedua; Pengutip derma atas nama Islam, mesti membawa kad kuasa atau surat kebenaran yang disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri sebagai bukti kesahihan urusan kutipan derma yang dilakukan.

Ketiga; Pengutip derma hanya menggunakan satu tabung khas dan bukannya membawa beberapa tabung sampingan untuk mengawal berlakunya sebarang penyelewengan.

Keempat; Dalam keadaan yang meragukan, penderma hendaklah menyemak kesahihan urusan kutipan derma daripada Majlis Agama Islam Negeri atau pihak-pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Agama atau Baitulmal Daerah, Pejabat Penghulu atau Pegawai Masjid.

Kelima; Mengutamakan pemberian derma kepada tabung dan pertubuhan yang sahih memiliki akaun yang telah mendapat kebenaran memungut derma daripada pihak-pihak berkuasa tertentu seperti Kementerian Kewangan, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mimbar menyeru para jemaah agar kita tetap berpegang kepada aqidah Islamiah berteraskan ahli Sunnah Waljamaah, yang menjadi warisan Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in, hingga ke hari ini. Jagalah hubungan dengan Allah SWT dan sesama manusia.

Makmurkanlah rumah-rumah Allah dengan istiqamah mengerjakan ibadah, terutamanya solat fardu berjemaah.

Ya Allah, berkatilah hamba-hamba Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan menghulurkan wakaf, kurniai mereka rezeki yang berlipat ganda, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka. Jauhkanlah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran serta dihindari mereka daripada kefakiran yang berpanjangan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here