
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan nasihat berhubung permintaan merapatkan saf ketika solat berjemaah di masjid serta surau dalam tempoh beberapa minggu lalu.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ia perlu bagi memastikan KKM terlebih dahulu melihat kesan daripada gelombang penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron.
“Memang perkara ini dalam perhatian KKM, kita telah terima banyak permintaan supaya KKM boleh keluarkan nasihat agar saf boleh dirapatkan semula di masjid.
“Kita sangat prihatin terntang perkara ini, bukan tak mahu membenarkannya.
“Tetapi kita minta masa beberapa minggu lagi sebab nak lihat kesan daripada gelombang Omicron ini sebelum kita boleh keluarkan nasihat untuk mendapatkan perkenan Raja-Raja Melayu,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. – Malaysiapost
