Pemuda maut ditembak polis trafik

0
3

SEORANG lelaki maut ditembak polis dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga, Kuching, Sarawak, malam tadi.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditembak oleh anggota Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dalam kejadian jam 7.20 malam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, mengesahkan kejadian yang membabitkan anggota trafik berkenaan.

“Pihak polis mengesahkan pada jam 7.20 malam bertempat di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga, berlaku kejadian anggota trafik IPD Kuching melepaskan tembakan semasa cuba menahan sebuah kereta.

“Kereta jenis Proton Saga warna kelabu dengan nombor pendaftaran JBP6808 dalam keadaan mencurigakan dan dipandu dalam keadaan bahaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk melengkapkan siasatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here