PRN Sabah: Kekerapan penerbangan ditambah

0
2

Foto Kredit: malay mail

KEMENTERIAN Pengangkutan memberi jaminan akan menambah kekerapan penerbangan ke Sabah menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ketika ini jumlah penerbangan ke Sabah sudah ditingkatkan dan ia akan terus ditambah pada hari pengundian.

Malah, katanya, harga tiket penerbangan kini pada paras rendah dan warga Sabah yang berada di luar negeri dinasihatkan membeli tiket lebih awal untuk pulang mengundi.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini pun, harga tiket sudah diturunkan dengan membuang kos pengoperasian.

“Harganya lebih rendah tidak kira Sabah dan Sarawak. Waktu ini harga tiket sudah dapat dilandaikan dan tidak setinggi biasa.

“Kekerapan penerbangan juga ditambah, khususnya menjelang hari pengundian nanti,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian ketika ditemui di Sandakan, malam tadi.

Ka Siong turut menggalakkan pengundi membeli tiket lebih awal bagi mengelak kemungkinan harga tambang melambung pada saat akhir.

Sebelum ini, pelbagai pihak meminta kerajaan memastikan tambang penerbangan diturunkan, bagi membolehkan pengundi Sabah di Semenanjung dan Sarawak pulang mengundi. – Malaysiapost