Netizen bantah pindaan Akta 342 untuk naikkan kadar kompaun

0
2
Peniaga menjual juadah berbuka di Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang Kampong Bharu di Kuala Lumpur hari ini. Bazar di sini kembali meriah setelah "bercuti" tahun lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

NETIZEN hari ini menzahirkan bantahan terhadap cadangan pindaan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Rata-rata netizen menzahirkan pelbagai pandangan termasuk ada yang menentang cadangan pindaan akta berkenaan yang disifatkan terlalu ‘berat’ serta menganiaya rakyat.

Lontaran pendapat itu dinyatakan menerusi ruangan komen Facebook Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta pandangan orang ramai mengenai isu tersebut.

Asyraf Wajdi meminta orang ramai menzahirkan pendapat sama ada pelaksanaan menaikkan hukuman yang begitu keras itu wajar atau sebaliknya.

“Cadangan pindaan Akta 342 antara lainnya: Tidak memakai pelitup muka, perlanggaran kuarantin, berada di tempat sesak boleh dikenakan hukuman PENJARA 7 TAHUN atau DENDA maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Apa pandangan semua? Apakah wajar dipinda untuk dinaikkan hukuman yang begitu keras sekali?,” katanya.

Menerusi ruangan komen itu, Husni Said berkata: “Cukup-cukuplah membebani rakyat yang telah terbeban. Dicadangkan juga agar otak pencadang dicuci dahulu sebelum cadangan pindaan akta ini dibentangkan,” tulisnya.

“Menteri kekurangan idea utk menjana pendapatan negara. Ambil jln mudah menekan rakyat,” kata Arina Mahmud.

Sementara pengguna Facebook, Mohd Rusli berkata, beliau tidak bersetuju dengan pendekatan berkenaan kerana ia hanya memberi tekanan kepada rakyat.

“Saya sama sekali tidak setuju, rakyat sudahlah tertekan dan dalam proses untuk hidup bersama penyakit,

“Apa pulak nak ditambahkan tekanan dan beban dalam menjalani kehidupan seharian menjelang endemik?

“Saya lebih memilih pendidikan berterusan berbanding menaikkan hukuman. Takkanlah untuk hindar penyakit sesuatu jenayah yang cukup besar sebagai hak warganegara di negara tercinta ini?,” soalnya.

Hantaran yang dimuat naik sejam lalu itu menerima lebih 600 komen dan mendapat 71 perkongsian.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pindaan Rang Undang-Undang Akta 342 (2021) amat penting dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama melibatkan syarikat.

Ujarnya, sejak Ordinan Darurat digunakan sebelum ini, banyak kes kesalahan berulang melibatkan kluster di syarikat-syarikat tertentu.

“Ini kita kena lihat supaya boleh tingkatkan amaun dan kadar kompaun tersebut,” jelasnya.

Tambah Dr Noor Hisham, menerusi pindaan baharu Akta 2021 itu dijangka dapat memberi pengajaran dalam mencegah dan mengawal Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here