Semua kategori kini dibenarkan guna VTL Darat – Azmin Ali

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633959917726","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

SEMUA kategori bagi warga Malaysia dan Singapura yang telah lengkap divaksinasi boleh bergerak antara kedua-dua negara melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL Darat) berkuatkuasa Isnin ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kebenaran itu diberikan untuk semua tujuan sama ada urusan perniagaan atau bercuti.

“Bermula 20 Disember 2021, semua kategori warga Malaysia dan Singapura yang telah lengkap divaksinasi boleh bergerak antara kedua negara melalui VTL Darat.

“Sama ada untuk urusan perniagaan atau bercuti, kini kita bebas bergerak merentas ke seberang tambak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam perkembangan sama, MITI melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan peningkatan permintaan bagi menggunakan inisiatif berkenaan.

“Pemastautin tetap Malaysia masih boleh memasuki Malaysia menggunakan VTL Darat. Pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya.

“Bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksin,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian saringan Covid-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan negara masing-masing.

“Pada masa ini, VTL Darat masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja. Perkhidmatan bas VTL Darat akan menawarkan tiket untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa.

“Perkhidmatan bas yang ditetapkan di Malaysia akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) manakala di Singapura akan menggunakan Terminal Queen Street (QST) dan Woodlands Temporary Bus Interchange (WTBI),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sebelum membuat pembelian tiket, pengembara yang ingin masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my, manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, dikehendaki mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal.

Orang ramai juga boleh mendapatkan perincian lanjut mengenai keperluan VTL Darat di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here