Kanak-kanak perempuan mati didenda selepas gagal jawab soalan matematik

0
2

[Dunia] SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia selepas didenda kerana gagal menjawab dua soalan matematik dengan betul.

Mangsa yang dikenali dengan nama Zhang itu merupakan pelajar di sebuah sekolah rendah di bandar Guangyuan, China.

Menurut Xinhua News Agency, Zhang dipukul di telapak tangan serta didenda melutut oleh gurunya yang dikenali dengan nama Wang pada 10 September lalu.

Zhang dipukul di telapak tangannya empat kali dan diperintahkan untuk berlutut selama empat minit, lapor akhbar China Daily.

“Dengan rasa pening, dia dihantar ke hospital oleh neneknya dan guru, dan diberitahu kemudian pada jam 3.30 petang.

“Telinga juga ditarik dan kepalanya dipukul,” lapor Oriental Daily.

Pakar perubatan tidak menemui luka dan siasatan mengenai kematiannya sedang dijalankan.

Pegawai daerah Cangxi telah menubuhkan unit siasatan khas dan guru tersebut telah diberhentikan kerja, bersama dengan pengetua sekolah.

Nenek mangsa memberitahu media tempatan bahawa Zhang mempunyai saudara kembar yang berada di kelas yang sama.

“Zhang kelihatan tidak sedarkan diri semasa dipukul,” ujarnya

Nenek itu juga menyebut bahawa Zhang takut dengan guru matematiknya, yang didakwa sering memberikan hukuman fizikal kepada pelajar. -Malaysiapost