Covid-19: Kes kembali melebihi 4,000

0
2
Seorang peserta bermain batu seremban dalam sukan rakyat pada hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

KES harian Covid-19 di Malaysia kembali ke angka 4,000 apabila mencatatkan 4,097 jangkitan baharu hari ini.

Jumlah itu meningkat sebanyak 593 kes berbanding 3,504 kes baharu yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,699,240 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here