Individu sertai lelongan aset Sajat perlu letak deposit RM5,000

0
2

DEPOSIT wang tunai RM5,000, itu syarat bagi individu yang ingin menyertai proses lelongan barang milik Muhammad Sajat sebelum dibenarkan masuk ke rumah.

Proses pendaftaran barang lelongan yang disita dua minggu lalu itu ditutup pada jam 10.45 pagi tadi selepas pendaftaran dibuka bermula pada jam 9.30 pagi, lapor Berita Harian.

Difahamkan, setiap pembida perlu membeli semua barangan bernilai hampir RM70,000 dan pembelian satu unit barangan tidak dibenarkan.

Setakat ini mereka yang menyertai proses lelongan dibawa masuk meninjau kediaman dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, di sini.

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 Disember lalu, mahkamah memerintahkan lelongan awam dilaksanakan.

Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors dalam kenyataannya berkata, selaku peguam kepada plaintif OWA Resources Sdn Bhd, pihak defendan didapati tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad pada 14 Disember lalu.

Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Muhammad Sajat cuba mendapatkan semula wang mereka selepas pampasan RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset berkenaan adalah cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here