Proses ratifikasi RCEP dilengkapkan bulan ini – Azmin

0
2

PROSES untuk meratifikasikan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka dapat dilengkapkan pada bulan ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata selain itu satu lagi perjanjian perdagangan antarabangsa, iaitu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) turut akan diratifikasi dalam masa terdekat.

“Saya percaya, RCEP dan CPTPP akan memainkan peranan penting kepada pertumbuhan dan daya saing negara selain membuka pasaran yang lebih luas kepada syarikat tempatan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohamed Azmin berkata, perjanjian perdagangan antarabangsa tersebut akan memperkasakan lagi perdagangan Malaysia di peringkat global.

Menurutnya, dengan perjanjian tersebut dijangka akan memberikan kadar tarif yang lebih rendah atau dihapuskan sama sekali.

“Ini akan memberi peluang yang lebih banyak bagi pemain industri tempatan untuk meningkatkan lagi peranan mereka dalam rantaian bekalan dunia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here