Diskaun saman dilanjutkan, bantu ringan beban rakyat – Zahid

0
2
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi bicara hujah akhir kes rasuah Yayasan Akalbudi.

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman tempoh pemberian diskaun 80 peratus saman trafik, yang dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Ahmad Zahid berkata, tujuan beliau meminta ia dilanjutkan sebelum ini supaya pemberiannya adil kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun ada yang khuatir pemberian diskaun ini akan membuatkan pengguna jalan raya tidak serik melakukan kesalahan trafik.

“Namun kita menyokong objektif kali ini iaitu bagi mengurangkan beban rakyat semasa pandemik Covid-19,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, ini juga secara tidak langsung menunjukkan kerajaan sedar bahawa ekonomi rakyat masih terjejas.

“Itulah yang kita harapkan daripada kerajaan supaya realistik tentang situasi sebenar negara,” katanya.

Semalam, media melaporkan tempoh tawaran pengurangan kompaun saman polis sempena 100 Hari Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember tahun ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan di Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) .

Justeru, orang ramai boleh menjelaskan saman di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah di seluruh negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here