KEGHAIRAHAN dua sekawan menghasilkannya video TikTok dengan menggunakan senjata tajam seperti keris sebagai alat penggambaran membawa padah apabila ditahan polis di Pulau Besar, Melaka, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata mereka ditahan dalam operasi bersepadu pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurutnya, pemeriksaan terharap dua suspek itu yang bersama tiga rakannnya menjumpai sebilah pedang, dua bilah parang dan lima bilah keris milik.
Tambahnya, suspek yang berasal dari Sabah dan Kelantan turut mengakui datang ke Pulau Besar semata-mata mahu membuat rakaman kandungan untuk dimuat naik ke dalam aplikasi TikTok.
“Susulan itu mereka ditahan bagi menbantu siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun,” katanya.
Christopher berkata, orang ramai dingatkan tindakan membawa apa-apa senjata yang tersenarai di bawah Jadual Kedua Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual 1958 ke tempat awam adalah tidak dibenarkan sama sekali tanpa sebarang kebenaran.
“Ia adalah senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan menyerang dan mencederakan orang,” katanya.-Malaysiapost

