Pelaku buli merayu jangan report, mahu minta maaf bersemuka

0
2

BEBERAPA tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp tular di media sosial, dipercayai ditulis oleh pelajar yang terlibat dalam kejadian buli di sebuah asrama institusi pendidikan di Perak.

Dalam perbualan di sebuah ‘group WhatsApp’ itu, pelaku merayu kepada mangsa buli agar memaafkan mereka dan tidak melaporkan kejadian itu kepada polis.

Tangkap layar tersebut dimuat naik akaun Facebook Aizuddin Ismail, yang memberitahu mangsa buli di dalam video tular tersebut adalah murid India bernama Shaantesh.

“Kami semua nak mintak maaf sangat-sangat dekat pihak kau (mangsa) terutama kau, ibu bapa kau dan semua orang. Kami sedar apa yang kami buat tu salah sangat-sangat.

“Saya (pelaku) sedar apa yang saya buat itu salah, dan saya sangat-sangat menyesal perbuatan kami itu memang patut dicela, dimaki dan dihukum, tapi kami masih ingin ada masa depan, maafkan kami mak cik dan pak cik dan juga kau (mangsa), kami sedar apa kami buat itu salah,” kata pelaku itu.

Menerusi perbualan itu juga, pelaku meminta untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka di hadapan mangsa dan ibu bapanya.

Hari ini, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan kejadian buli dipercayai berlaku di asrama sebuah institusi pendidikan yang menunjukkan seorang remaja di tumbuk di perut serta turut ditendang oleh beberapa remaja lain.

Terdapat empat video yang tersebar dan dua daripadanya berdurasi 30 saat, manakala dua lagi masing-masing berdurasi 10 saat dan 12 saat.

Antara ‘aksi’ yang dirakam dalam video terbabit menunjukkan seorang remaja berpakaian baju warna merah dan seluar kelabu ditumbuk di bahagian perut oleh seorang remaja lain.

Turut dirakam seorang lagi remaja lain bertindak menyepak punggung remaja sama dengan kuat, namun remaja yang dibuli terbabit hanya berdiam diri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here