Hari kedua Program Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia lebih meriah

0
3

SAMBUTAN Program Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia (AMK) yang memasuki hari kedua ternyata bertambah meriah dengan pelbagai tarikan dan pameran disediakan untuk pengunjung.

Salah satu yang menjadi tumpuan dalam program tersebut adalah ‘booth’ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempamerkan uniform, aksesori dan senjata milik pasukan keselamatan negara.

Pengunjung berpeluang melihat dan memegang senjata yang digunakan pasukan ATM.

Turut mendapat sambutan adalah kaunter polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menawarkan diskaun bayaran saman sehingga 80 peratus.

Seorang pengunjung mencuba senapang di booth pameran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Program Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Dalam masa sama, pengunjung juga memanfaatkan Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia dan sepanjang dua hari lalu, ExxonMobil Malaysia yang bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menemu bual lebih 230 calon bagi mengisi peluang pekerjaan.

“Kami amat mengalu-alukan bakat baharu untuk menyertai kami sebagai sebahagian dari keluarga ExxonMobil dengan memulakan kerjaya bersama kami.

“Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Sukiman Mohamed (Pengurus Besar – Hal Ehwal Awam dan Kerajaan) di talian 0122057417,” kata salah seorang kakitangannya seperti dilaporkan Suara Merdeka.

Sementara itu, pameran lain yang turut mendapat sambutan adalah Jom Masuk Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Pengisian yang dikongsi antaranya penerangan mengenai pengajian yang ditawarkan di universiti awam, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran.

Selain itu, pelbagai aktiviti untuk golongan belia disediakan seperti I’m Youth, pertandingan E-Sukan dan sukan rakyat.

Program yang dilaksanakan dengan kawalan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ketat itu berlangsung sehingga 12 Disember ini.

Program sempena 100 hari pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dirasmikan sendiri Perdana Menteri, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here