KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 41 kes kematian baharu akibat Covid-19, semalam dengan enam daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Berdasarkan data di portal COVIDNOW, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak wabak berkenaan melanda negara kini mencecah 30,787 kematian.
Jumlah kumulatif bagi pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberi atau BID pula adalah sebanyak 6,226 kes.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,856 kes aktif dilaporkan, termasuk 419 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 232 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,427 kes sembuh turut dilaporkan, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan setakat ini adalah 2,678,465 kes. – Malaysiapost

