Gmie Screen meninggal dunia

0
3

VOKALIS kumpulan Screen, Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Allahyarham Gmie, 50, dilaporkan pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans dan dihantar ke hospital.

Menurut anaknya, Siti Hadirah, beberapa hari lalu ayahnya kurang sihat dan hilang selera makan.

“Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video.

“Bagaimanapun, dalam 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Pelantun lagu Bila Cinta Didusta itu pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro pada 2016.

Sementara itu, pengurusnya Fuad Syahrin Misbah berkata, sudah hampir dua tahun Gmie diuji dengan penyakit buah pinggang berlubang.

Sepanjang tempoh itu juga, Allahyarham lebih senang tidak menghebahkan keadaan kesihatannya kepada umum.

“Beliau tidak mahu kawan-kawan dan peminatnya terlalu memikirkan penderitaan yang dilalui. Selagi boleh melaluinya, Allahyarham tidak mahu susahkan sesiapa.

“Saya sendiri hanya mengetahui mengenai sakitnya selepas setahun beliau disahkan oleh doktor berhadapan masalah itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here