Pelitup muka, dos penggalak alat terbaik lawan Omicron – Dr Noor Hisham

0
2
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

LANGKAH paling berkesan dalam melawan varian baharu Covid-19, Omicron adalah pelitup muka dan mendapatkan vaksinasi dos penggalak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata alat itu adalah terbaik yang ada ketika ini dalam menyekat penularan varian berkenaan.

“Dua alat paling berkesan yang ada ketika ini untuk melawan varian Covid-19, Omicron tidak lain adalah dengan memakai pelitup hidung dan mulut dengan betul dan mendapatkan vaksinasi dos penggalak anda.

“Kajian menunjukkan 90 peratus pengurangan kes kematian kepada mereka yang telah menerima dos penggalak (berbanding dengan mereka yang tidak menerimanya) untuk lebih 840,000 orang berusia 50 tahun dan ke atas,” katanya di Twitter, hari ini.

Sementara itu, berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, jumlah penduduk Malaysia yang sudah mendapatkan vaksinasi dos penggalak adalah seramai 3,281,238 orang.

Bagi keseluruhan populasi negara yang lengkap divaksinasi pula adalah 25,476,738 orang atau 78 peratus, manakala yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi adalah seramai 25,904,280 orang atau 79.3 peratus.

Keadaan itu menunjukkan setakat keseluruhan dos vaksin Covid-19 yang diberikan di Malaysia adalah 54,470,578 dos.

Dalam pada itu, jumlah kematian terbaru akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah 28 kes dengan empat daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID).

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian akibat wabak berkenaan di Malaysia setakat ini adalah 30,746 dengan 6,220 daripadanya adalah kes BID.

Malaysia setakat ini merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Varian Omicron dibimbangi kerana penjujukan genom mendapati varian berkenaan mempunyai 50 jumlah mutasi berbanding varian lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here