Usul ungkai 7 Ordinan Darurat dilulus Dewan Negara

0
2
dewan negara

PERSIDANGAN Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi mengungkai tujuh Ordinan Darurat yang dikuat kuasa ketika era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tujuh ordinan itu adalah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021; dan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021.

Enam Ahli Dewan Negeri mengambil bahagian dalam membahas untuk mengungkai ordinan itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ordinan itu sebelum ini dikuat kuasa susulan  wujud ancaman kepada ekonomi dan ketenteraman awam seperti termaktub dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Proklamasi Darurat (susulan penularan Covid-19) merupakan langkah proaktif dan pilihan terbaik untuk memastikan keadaan tidak bertambah teruk.

“Selepas mendapatkan pandangan, ia wajar supaya rakyat tidak terjejas teruk apabila Covid-19 melanda dunia,” katanya ketika menggulung perbahasan itu, lapor Berita Harian, hari ini. 

Mas Ermieyati berkata, kerajaan akan memastikan pengungkaian ketujuh-tujuh ordinan itu tidak menjejaskan pengawalan ancaman pandemik Covid-19 demi kesejahteraan rakyat, keselamatan dan ketenteraman awam serta pemulihan ekonomi negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here