Bukan salah Junior sepenuhnya – Cheng Hoe 

0
2

AKSI hambar pemain tengah Harimau Malaya, Junior Eldstal sehingga terpaksa digantikan oleh pemain lain, dipertahankan oleh Tan Cheng Hoe.  

Pengendali Harimau Malaya itu menyifatkan keputusannya mengeluarkan Junior Eldstal bukan disebabkan pemain berkenaan cedera tetapi lebih kepada taktikal pasukan untuk menyerap corak permainan. 

Menurutnya, Junior kelihatan agak sukar menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan sehingga menyebabkan beliau membuat keputusan menggantikannya dengan Mukhairi Ajmal. 

“Lebih kepada pertukaran taktikal selepas melihat dia (Junior) gagal menyesuaikan diri, kemasukan Mukhairi untuk memastikan corak permainan lebih tersusun dan seimbang. 

“Bukan salah Junior sepenuhnya, ia lebih kepada taktikal dalam pasukan,” katanya dipetik Cakap Sukan, hari ini.  

Keputusan Cheng Hoe mengeluarkan Junior terbukti tepat selepas pemain yang beraksi dengan kelab Chonburi FC itu gagal memberikan persembahan sebagaimana diharapkan dengan hantaran bola yang kurang tepat serta bergelut untuk menguasai bahagian tengah. 

Pada perlawanan yang berlangsung petang tadi, tiga jaringan skuad Harimau Malaya disumbangkan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada babak pertama sebelum dua gol separuh masa kedua daripada Akhyar Rashid dan R Kogileswaran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here