Covid-19: Peningkatan kluster pendidikan tidak boleh dipandang ringan  

0
2
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KLUSTER pendidikan kembali meningkat pada minggu epidemiologi (ME) ke-48 iaitu daripada 28 November sehingga 4 Disember lalu. 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkata, peningkatan semula kluster pendidikan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. 

“Ini memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu sama dan ketidakpatuhan seseorang individu terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada akan mencetuskan kluster yang tidak kita ingini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.  

Dr Noor Hisham berkata, data menunjukkan daripada 16 kluster baharu melibatkan institusi pendidikan, sebanyak 12 kluster berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi (IPT). 

“Oleh kerana kebanyakan populasi remaja dan dewasa telah lengkap divaksinasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan semula bahawa pengambilan vaksin tidak bermakna pematuhan SOP tidak diperlukan lagi,” katanya.  

Beliau menyeru guru, petugas, pelajar, murid, pekerja sokongan mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here