Covid-19 : 40 kes kematian semalam, 10 BID

0
2
Jenazah covid-19 ditutup dengan keranda selepas dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 40 kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 30,614 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuatnaik di portal COVIDNOW, 10 daripada 36 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 61,999 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Bagi proses kuarantin, sebanyak 51,260 individu atau 82.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 5,899 pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara, sebanyak 4,369 kes dirawat di hospital dan 471 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 207 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 264 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here