SERAMAI 189 lelaki dan 110 wanita ditahan selepas terbabit dalam aktiviti parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di ibu kota malam tadi.
Tangkapan dilakukan susulan serbuan pasukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor.
Dalam serbuan jam 10.50 malam tadi, sebahagian wanita berbikini sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur, lapor Berita Harian.
Keseluruhan yang ditahan melibatkan 158 lelaki dan 55 wanita warga asing bersama 31 lelaki dan 55 tempatan.
Aktiviti parti liar itu dikatakan bermula jam 4 petang semalam dan semua yang ditahan menjalani ujian saringan air kencing bagi memastikan sama ada mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Setiap individu dipercayai dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai parti liar yang dijemput menerusi aplikasi media sosial dengan disediakan menyediakan minuman keras dan makanan ringan. – Malaysiapost

