‘Semoga Allah beri balasan setimpal pada orang berniat jahat’ – suami Nora

0
2

KONTROVERSI melibatkan perkahwinan kedua Datuk Nora Ariffin dan Dr Rushdi Ramli semakin berpanjangan apabila suaminya pula tampil menjelaskan perkara sebenar untuk membersihkan nama mereka berdua.

Menerusi sebuah klip audio, Rushdi menjelaskan bahawa isu tular yang melibatkan perkahwinan mereka adalah fitnah dan tidak benar.

“Bismillahirohmanirohim, saya bernama Rushdi Bin Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah satu fitnah dah tohmah yang berniat buruk.

“Allahuakbar, semoga Allah memberi balasan yang setimpal terhadap orang-orang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami,” katanya.

Kredit : Boom Malaysia.com

Kenyatan tersebut dipercayai bagi menjawab gosip yang menyatakan bahawa pelantun lagu Persimpangan Dilema itu berbohong mengenai berkahwinan mereka.

Ia setelah tular laporan sebuah portal tempatan berkata Nora telah memaksa Rushdi menceraikan isteri pertamanya.

Turut disertakan tangkap layar sebuah akaun Facebook bernama Rose Aliza, yang dikatakan isteri pertama Rushdi dan terdapat gambar mereka berdua di ruangan profil.

Lebih menguatkan spekulasi apabila tular sebuah akaun Twitter dipercayai milik anak perempuan Rushdi, @missrushdi.

Terdahulu, Nora menafikan dakwaan telah menjadi isteri kepada Rushdi sejak dua tahun lalu.

Malah, penyanyi itu menafikan cerita kononnya telah meminta suaminya itu menceraikan isteri pertamanya selain merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Jumaat lalu, Nora mengumumkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here