Isytihar darurat, pujuk ‘scheme of things’ itu bukan rasuah? – soal Puad

0
2
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

AHLI Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas dakwaan kononnya gejala rasuah berpunca daripada sistem parti politik yang dominan.

Malah, beliau menyifatkan dakwaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sebagai hipokrit dan kenyataan pihak yang kecewa.

“Muhyiddin dakwa sistem ‘parti politik dominan’ punca berleluasanya rasuah. Sebenarnya itu kenyataan hipokrit dan orang kecewa semata mata.

“Bila tidak dominan lagi banyak salah guna kuasa berlaku seperti gantung Parlimen, isytihar darurat dan pujuk orang lompat parti melalui scheme of things.

“Apa itu bukan rasuah? Janganlah hipokrit,” katanya di Facebook, hari ini.

Mohd Puad juga memberi beberapa tindak tanduk Muhyiddin dan Bersatu sebelum ini yang didakwa berniat untuk menguburkan Umno dan menggantikannya dengan parti itu.

“Hipokrit, kerana Bersatu sendiri bernafsu besar untuk menjadi parti dominan. Perancangan mereka ialah untuk menguburkan Umno dan Bersatu adalah penggantinya.

“Sebab itu PPBM (Bersatu) tiru warna merah dan guna perkataan “bersatu” seperti Umno. Bersatu juga guna warna biru untuk Perikatan Nasional (PN) sama seperti BN.

“Muhyiddin juga kecewa kerana usaha Bersatu menjadi parti dominan dan pengganti kepada Umno tidak kesampaian.

“Maka hujah Muhyiddin itu amat cetek. Rasuah boleh berlaku dalam apa sahaja keadaan. Siapa sangka tender terhad lulus ketika Parlimen digantung dan darurat diistiharkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here