Ebit Lew ziarah, bantu gelandangan di Brazil

0
2

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarahi dan menghulurkan bantuan makanan kepada gelandangan di Sao Paolo, Brazil.

Ebit yang berlepas ke sana pada Khamis lalu berkata, beliau melihat kehidupan di Brazil terutama di bandar agak sukar hingga ada yang hidup di jalanan dengan hanya berumahkan plastik.

“Dah malam ziarah gelandangan di Sao Paolo, Brazil. Begitulah kehidupan. Di tengah bandar besar ramai tidak mampu meneruskan hidup untuk sewa rumah.

“Jadi, ramai hidup di jalanan dengan membuat khemah dari plastik dan tutup-tutup begitu sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, Ebit berkata, orang gelandang itu sangat mesra menerima ‘tetamu’ walaupun dalam keadaan kekurangan, tapi masih mampu memberi senyuman dan layanan yang baik kepada mereka.

Katanya, ada daripada mereka itu yang terharu dengan kedatangan pihaknya dan mendoakan kesejahteraannya yang sudi menziarahi dan menghulurkan bantuan.

“Walau kali pertama terasa mesra dan dekat. Senyum-senyum sahaja. Mesra juga mereka walau berbahasa Portugis.

“Ramai tanya dari mana. Dari Malaysia. Awak datang sejauh ini kerana teringat pada kami. Kata mereka semoga tuhan merahmati kamu.

“Alhamdulillah, usaha di Malaysia setiap hari masih berjalan oleh team kami. Doakan usaha kasih sayang di Brazil menjadi asbab kebaikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here