Kes harian Covid-19 kembali turun kepada 4,896

0
2
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

SELEPAS tiga hari berturut-turut Malaysia mencatat kes harian Covid-19 melebihi 5,000, hari ini kes kembali turun kepada 4,896 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,654,474 kes.

Katanya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pada 1 November lalu, kes baharu Covid-19 merekodkan 5,439 dan 5,806 kes pada Khamis manakala semalam 5,551 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here