Covid-19: 25.4 juta populasi Malaysia lengkap divaksin

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

SERAMAI 25,433,150 individu atau 77.9 peratus daripada populasi keseluruhan di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.2 peratus atau 25,872,462 daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 22,714,044 individu atau 97 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, 98.4 peratus atau 25,872,462 daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.719,106 individu atau 86.4 peratus telah melengkapkan dua dos.

Terdapat pertambahan 125,927 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53,960,016 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here