Lepas tewas final, pemain JDT akan jalani latihan di Dubai, Abu Dhabi

0
2

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjalani latihan pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi untuk bermain dengan beberapa kelab tempatan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Eropah.

Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu sebagai persiapan menghadapi musim baharu, beberapa pemain akan dipinjamkan keluar dan ada yang dilepaskan.

“Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada para penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti,” umum TMJ dalam kenyataan hari ini.

Tunku Ismail menyifatkan kekalahan JDT dalam perlawanan Piala Malaysia menentang KL City malam kelmarin diibaratkan seperti ‘wake up call’.

Katanya, JDT menjadi terlalu selesa untuk tiga musim terakhir, terlalu yakin dan tidak mengeluarkan belanja untuk pasukan.

“Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar. Ia akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan.

“Saya anggap kekalahan semalam adalah positif untuk JDT. Kami akan menjadi lebih obses untuk memperbaiki kesilapan kami dan menguatkan lagi pasukan ini,” katanya.

Katanya lagi, kekalahan JDT kepada Kuala Lumpur City dalam final Piala Malaysia membuatkannya melupakan hasrat untuk berehat dari dunia bola sepak tahun hadapan.

“Seperti yang saya pernah katakan, ‘a wounded Tiger is always eager to bounce back’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here