Sah 65 pelajar Sekolah Seri Puteri positif Covid-19

0
3

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan kes penularan Covid-19 yang berlaku di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Beliau turut meninjau keadaan di sekolah berkenaan malam ini, bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penularan itu.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu ciapan di laman Twitter Radzi Jidin Comms @DRJComms kira-kira jam 9 malam tadi.

“Salam. YB @RadziJidin sudah tiba di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sekarang ini.

“Seramai 65 pelajar Tingkatan 1 dan 2 positif Covid-19. Ini merupakan kali pertama SBP (Sekolah Berasrama Penuh) kena kes sebanyak ini.

“Doakan dipermudahkan segala urusan. Akan update dari semasa ke semasa,” menurut ciapan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here