KL City juara: Cuti kelepasan am di KL, Putrajaya, Labuan Jumaat ini

0
2

SEMPENA kejayaan Kuala Lumpur City (KL City) menjulang Piala Malaysia, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini.

Shahidan berkata, cuti itu diberi bagi menghargai kemenangan KL City yang menamatkan penantian 32 tahun merangkul Piala Malaysia.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun menanti untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada 1989.

“Justeru dimaklumkan kerajaan bersetuju supaya Jumaat, 3 Disember 2021 diisytihar sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan KL City,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, KL City muncul juara selepas membenam Johor Darul Takzim (JDT) 2-0. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here