Covid-19: PSPKPBM agih bantuan kepada masyarakat 

0
2

PASUKAN Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia (PSPKPBM)  mengadakan program agihan bantuan makanan asas bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat Covid-19. 

PSPKPBM dalam kenyataan berkata, sebagai badan penyelamat dan kecemasan, menjadi tanggungjawabnya untuk membantu kerajaan dan sama-sama menolong masyarakat yang mengalami kesulitan. 

“Pihak pasukan telah menjalankan aktiviti penyerahan makanan asas, perubatan dan makanan bermasak kepada masyarakat dan agensi kerajaan yang bertugas dari mula pendemik Covid-19, bermula Mac 2020. 

“Setakat ini kira-kira 300 misi bantuan yang dihantar ke seluruh negara,” kata kenyataan itu hari ini. 

Menurut PSPKPBM, terbaharu pihaknya menyampaian barangan makanan asas kepada kepada golongan yang memerlukan di sekitar Cheras dan Ampang. 

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Bryan Lai Wai Chong. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here