MAHKAMAH Majistret Seremban hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.
Ia berhubung tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.
Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, lapor Astro Awani.
Firdaus menetapkan 21 Disember bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA).
Mei lalu Neelofa didakwa melakukan perjalanan rentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan selepas dia memuat naik gambar dan video di media sosial.
Selain kes itu, Neelofa sebelum ini dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar SOP semasa majlis perkahwinannya pada 27 Mac serta membuat perjalanan rentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah. – Malaysiapost

