Ada wanita hantar sihir pada Dai Syed?

0
2

PENYANYI dan pendakwah selebriti, Dai Syed mendedahkan dirinya terkena gangguan sihir yang dipercayai dihantar oleh seorang wanita.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, memberitahu kini dia sedang menjalani proses perubatan Islam dengan beberapa ustaz di Shah Alam dan Kajang, Selangor.

Berkongsi berkenaan kesan dialaminya kerana sihir itu, Syed berkata, keadaan itu menyebabkan dia berasa malas untuk bekerja dan mengalami tekanan perasaan.

“Gangguan itu membuatkan saya menjadi tertekan dan malas bekerja. Tak boleh bekerja sebab tak fokus dan kepala saya jadi serabut,” katanya memetik mStar.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ya Habib itu turut memberitahu bahawa dia turut mengalami kesukaran untuk tidur dan berasa takut untuk berjumpa orang.

Dia ada juga menjumpai beberapa objek asing di sekitar bilik dan kediamannya.

“Saya jumpa jarum dalam rak baju bilik saya. Ikutkan jarum itu tak pernah ada pun di situ tapi tiba-tiba muncul. Adik saya pun terjumpa duit syiling depan rumah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Syed pernah mengakui dia sengaja tidak memandang kamera ketika membuat video dan melakukan sesi siaran langsung (live) di Instagram kerana dinasihatkan kemungkinan boleh disihir atau santau melalui mata ketika melakukan hantaran itu.

Nama Syed menggemparkan negara apabila terpalit dengan pertuduhan mahkamah kes cabul dan rogol pada awal tahun ini.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 12 November lalu menetapkan 10 hari bermula April tahun hadapan untuk perbicaraan melibatkan pendakwah selebriti itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here