514 doktor kontrak letak jawatan sepanjang 2021

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=424612545924848&set=pb.100051283185381.-2207520000..&type=3

[PARLIMEN] SERAMAI 514 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan sepanjang tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, pada 2017, jumlah mereka yang meletak jawatan seramai 110 orang, 168 orang (2018), 475 orang (2019) dan 511 orang (2020).

“Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan hak yang diputuskan sendiri pegawai atas sebab tertentu.

“Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri,” katanya pada sesi soal pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata demikian bagi menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang bertanya mengenai statistik bilangan pegawai perubatan siswazah yang meletakkan jawatan mengikut tahun dan punca peletakan jawatan.

Dr Noor Azmi berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat prihatin dengan nasib dan masa depan pegawai perubatan lantikan kontrak.

“Kita wujudkan jawatankuasa khas untuk meneliti perkara berkaitan doktor muda ini.

“Menteri (Khairy Jamaluddin) mengambil pendekatan serius mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dan akan meneruskan usaha supaya doktor kita dapat meneruskan tugas dengan sebaik-baiknya,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/YB Dato Dr. Haji Noor Azmi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here