
KES kematian baharu akibat Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 29 kes menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 30,309 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.
Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, enam daripada kematian baharu itu adalah kematian luar hospital (BID).
Setakat ini secara keseluruhan kes BID yang dilaporkan adalah sebanyak 6,130 kes.
Sementara itu berdasarkan perincian dikeluarkan KKM di GitHub pula Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Kedah dan Kelantan dengan masing-masing enam kematian.
Manakala Johor, Pahang, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatatkan dua kes kematian.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 66,455 kes aktif dilaporkan, termasuk 511 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 261 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,623,816 kes. – Malaysiapost
