Seorang lagi mangsa keracunan gas ketika tidur meninggal dunia

0
2

SEORANG lagi mangsa keracunan gas karbon monoksida ketika tidur dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Samagagah, Pulau Pinang meninggal dunia, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Terdahulu, dua rakannya, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi tadi.

Kembar Nor Adilah yang kritikal masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta yang enjinnya tidak dimatikan di stesen minyak berkenaan. – Malaysiapost