8 kluster baharu direkodkan hari ini

0
3
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lapan kluster baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan lapan kluster itu menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 234 kluster.

“Selain itu, 5,694 kluster yang telah tamat direkodkan, manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,928 kluster,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, negara mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,097 kes berbanding semalam, 5,502 kes sekali gus diatasi 5,352 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 510 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 258 kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP).

“Daripada 5,097 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 84 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 5,013 kes (98.4 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here