Safiq Rahim minta maaf pada pasukan

0
4

INSIDEN pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang dilayang kad merah dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia selepas menanduk kepala pemain Terengganu FC malam tadi dianggap selesai oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang juga emilik pasukan JDT itu berkata, bekas kapten Harimau Selatan sudah meminta maaf kepada pasukan berhubung insiden berkenaan dan ia telah selesai.

“Setiap orang atau individu membuat silap. Kita manusia, we’re not perfect (kita tidak sempurna).

“Safiq kesal dengan tindakan dia dan dia minta maaf kepada semua pemain, jurulatih dan staff, dan itu sahaja. It’s over, and we move on,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada seorang pengguna Twitter yang memintanya memberi komen berhubung tindakan Safiq dalam perlawanan terbabit.

Dalam perlawanan malam tadi, Safiq bertindak menanduk kepala Faisal Halim menyebabkan pemain itu cedera pada perlawanan yang baru memasuki minit ke-15.

Tindakan itu menyebabkan dia dilayangkan terus kad merah dan diarah keluar padang, namun tuan rumah bernasib baik kerana ketika kejadian berlaku mereka sudah mendahului 3-0.

Keputusan itu kekal hingga tamat permainan, sekali gus membawa JDT ke final menerusi agregat 4-1.

JDT akan menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang menumpaskan Melaka United dalam penentuan penalti selepas terikat agregat 2-2 dan kedua-dua pasukan bakal menentukan juara edisi 100 tahun Piala Malaysia.

Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram/Safiq Rahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here