Insan ‘berdarah emas’ dikesan di Terengganu

0
2

Nurul Huda Abhar

INDIVIDU yang mempunyai darah jenis Rhnull atau dipanggil The Golden Blood (darah emas) sangat sukar ditemui dan dikatakan setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi yang mempunyai kumpulan darah tersebut.

Malaysia tidak terkecuali mempunyai insan bertuah ‘berdarah emas’ ini, dan maklumat mengenainya dikongsikan menerusi Facebook Derma Darah Terengganu Kite.

Berdasarkan hantaran tersebut, setakat ini hanya seorang wanita dikenal pasti mempunyai darah jenis Rhnull di Malaysia.

Wanita darah jenis Rh-null.

Dalam entri itu juga dimuat naik gambar seorang wanita sedang menjalani proses menderma darah, dipercayai itu insan bertuah ‘berdarah emas’.

Katanya, darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejuk bekukan untuk disimpan.

“Seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius selama 10 tahun. Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.

“You are the special one, sis!,” tulis hantaran itu.

Dalam masa sama, hantaran itu juga mengajak orang ramai agar menderma darah bagi membantu insan yang memerlukan.

“Tidak kira apa jua kumpulan darah anda, ‘you are always somebody type’. Darah anda boleh membantu selamatkan nyawa insan lain. Jom derma darah,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Derma Darah Terengganu Kite

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here