5,097 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

0
2

KES baharu harian Covid-19 masih di angka 5,000 apabila mencatatkan 5,097 kes, hari ini, namun menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam 5,501 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,619,577 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebooknya.

Jumlah kes Covid-19 baharu di Malaysia menunjukkan trend penurunan sejak dua hari lalu selepas mencatatkan melebihi 6,000 kes pada 25 November lalu dengan 6,144 kes.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here