Gesaan PRU awal tidak bertanggungjawab

0
2

DESAKAN sesetengah pihak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) awal disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Katanya, cadangan untuk mengadakan PRU sewajarnya dikaji terlebih dahulu kerana berdasarkan perkembangan semasa, kes positif Covid-19 dilihat amat membimbangkan termasuk peningkatan kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital serta kemunculan varian baharu, B.1.1.529 di Afrika.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mana pendirian Kementerian Kesihatan bahawa PRU boleh dielak berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang tidak dapat dielakkan kerana tempoh pentadbiran sudah tamat.

“Bagi PRN Melaka pula, Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, maka ia tidak dapat dielakkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau turut menyuarakan pandangan itu kepada Perdana Menteri pada Sabtu selepas sahaja BN memenangi PRN Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here