MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bagi penjawat awam selama satu setengah bulan untuk tahun 2021 bernilai RM2,000.
Beliau berkata, bantuan khas itu adalah untuk menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kekal efisyen dan berkesan.
Justeru, katanya, bantuan Khas Kewangan Pertama setengah bulan gaji dengan minimum RM1,000 telah disalurkan sempena sambutan Aidilfitri 1442H/ 2021.
“Manakala Bantuan Khas Kewangan kedua iaitu satu bulan gaji dengan minimum RM1,000 akan dibayar pada 29 Disember 2021 dengan implikasi kewangan RM37.5 juta,” katanya. Malaysiapost

