3 bulan tak tinggal sebumbung, Aishah akui rumah tangga dalam krisis

0
2

PENYANYI Aishah mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibina sejak lima tahun lalu kini berantakan.

Menurut Aishah, 56, dia juga sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin enggan mendedahkan punca perpisahannya dengan suami.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan sejak tiga bulan lalu. Tiada siapa berkahwin untuk bercerai. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini.

“Saya tidak mahu menunding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya memetik mStar.

Pelantun lagu Janji Manismu itu berkata dia berkongsi mengenai hal rumah tangganya bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya bagi mengelakkan fitnah.

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja. Siapa tak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi saya akur dengan ketentuan Tuhan,” katanya.

Pada 2017, Aishah memaklumkan kembali berumah tangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya pada 2011. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here