DAP umum bertanding 26 kerusi PRN Sarawak

0
3

DAP Sarawak mengumumkan 18 daripada 26 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak, di Kuching, hari ini.

Chieng Jen berkata, lapan lagi calon akan diumumkan kemudian dengan enam daripadanya akan bertanding di Kuching dan dua lagi di Sibu.

“Kami tidak mengumumkan nama calon di kawasan ini adalah kerana strategi parti

“Kami menunggu Gabungan Parti Sarawak (GPS), khususnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengesahkan calon di Pending, Padungan, Kota Sentosa, Batu Kawa, Batu Kitang dan Stakan. Barulah kami umumkan calon (DAP),” katanya.

Menurutnya, dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sibu yang belum diumumkan adalah Dudong dan Bawang Assan.

Chieng Jen berkata, pihaknya masih dalam rundingan untuk bekerjasama dengan pembangkang tempatan iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB) di dua DUN terbabit.

“Setakat ini rundingan masih belum berjaya, bagaimanapun DAP masih bersikap terbuka dan sedia berkompromi dengan PSB melalui rundingan akhir nanti ,” katanya.

Sementara itu, dalam senarai calon yang diumumkan hari ini, dua penyandang dikekalkan iaitu Irene Mary Chang Oi Ling yang akan mempertahankan kerusi Bukit Assek dan David Wong Kee Woan di Pelawan.

Penyandang kerusi Tanjung Batu iaitu Chiew Chin Sing pula tidak disenaraikan selepas beliau mengambil keputusan untuk berundur daripada politik dan akan digantikan anaknya, Tony Chiew sebagai calon di kerusi itu.

Calon lain yang diumumkan adalah, Granda Aing (Tasik Biru), Chang Hong Siong (Mambong), Laerry Jabong (Kedup), Brolin Nicholsion Benedict Achung (Bukit Semuja), Leon Jimat Donald (Simanggang) dan Philip Wong Pak Min (Repok).

Turut disenaraikan, Yong Siew Wei (Meradong), Solomon Kumbong (Pelagus), Joseph Jingut (Bukit Goram), Kenneth Lagong (Baleh), dan John Bryan (Kemena).

Empat lagi calon tersenarai sebagai calon DAP bagi PRN Sarawak ke-12 adalah Tonny Ung (Samalaju), Peter Hee Leh Keng (Piasau), Alan Ling Sie Kiong (Pujut) dan Marcus Hugo (Senadin). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here