48 kematian baru akibat Covid-19

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 48 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah  30,195 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

Daripada jumlah kematian baharu itu, 10 kes adalah kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID kini adalah 6,106 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui GitHub, Kelantan dan Terengganu mencatatkan kematian baharu tertinggi iaitu masing-masing apan kes, diikuti Perak dan Sarawak dengan masing-masing enam kes.

Selangor mencatatkan lima kes, manakala Sabah empat kes, Pahang tiga kes, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan dua kes.

Bagi Johor, Melaka, Negeri sembilan dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatatkan satu kematian akibat Covid-19 semalam.

Bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Sementara itu, portal COVIDNOW pula melaporkan keseluruhan pemberian vaksin di Malaysia kini adalah sebanyak 52,391,444 dos dengan peratusan yang lengkap divaksinasi adalah 76.7 peratus.

Populasi dewasa yang lengkap divaksinasi pula adalah 95.9 peratus atau 22,442,346 orang dan yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos seramai  22,944,240 orang atau 98 peratus.

Bagi golongan remaja sebanyak 5,370,131 dos vaksin sudah diberikan dengan 82.8 peratus remaja lengkap divaksinasi dan  87.7 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, setakat ini seramai 1,823,474 individu sudah menerima dos penggalak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here