Polis cari individu terlibat pergaduhan di restoran

0
2

POLIS sedang mengesan sekumpulan individu yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan, berkata video tular memaparkan kejadian itu berdurasi tujuh saat tu dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter NanManjoi8715.

Justeru, katanya, pihaknya menerima satu laporan daripada orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Sehubungan dengan itu, satu siasatan telah dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Siasatan dan usaha untuk mengesan pihak yang terlibat masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video tersebut kerana ia boleh mendatangkan kegusaran awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here